i luv to sewing and crafting....

Pages

TQ to be my Followers

Saturday, March 19, 2011

happy birthday Qayra n apam dot dot....

Hari ni genap 2 tahun usia puteri saya Nur Qayra Zafeera Binti Muhammad Zulkifli
xde potong kek pon.. tggu birthday party yang di tangguhkan ke bln depan :P
so hari ni saya buatkan apam dot dot untuk qayra dan adam.. 
apam ni sedap dan senang nak dibuat
 
Serba sedikit sejarah sebelum kelahiran qayra...Selepas 5 jam saya bertarung nyawa, tanggal 190309 tepat jam 0519 saya telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nur Qayra Zafeera Binti Muhammad Zulkifli di Hospital Serdang dengan berat 3kg. bermacam dugaan ditempuhi, termasuk lah labour room yang ditutup berikutan kebocoran paip.. jadi saya bersalin di wad biasa (4 beded) yang telah diubahsuai seakan2 bilik bersalin juga.. tanpa peralatan yang lengkap dan yang paling menyakitkan hati suami saya tak diizinkan masuk menemani saya.. alasan nya takut patient lain tak selesa... padahal masa tu tak ada patient lain pun kat situ.. lagipun tutup je la langsir tu...:P angin je tengok muka nurse tu... nasib baik la memikirkan kesakitan yang dialami.. kalau tak mahu gak bertekak ngan nurse tu...saya paling takut duduk kat hospital.. saya hanya masuk hospital semata2 untuk bersalin je... bermalam?..oh tidakkkkk sama sekali... lepas dibenarkan duduk di wad tghhari tu jugak saya mintak discaj... time saya bersalin wad memang penuh, takde katil yang kosong pun..musim kot..:) so doktor tanpa byk tanya terus lepaskan saya balik ke rumah... syok nya... 

Untuk qayra tersayang.... Happy 2nd Birthday..semoga membesar dengan cerdik, cerdas dan cergas... menjadi anak yang solehah dan mendengar kata...
WE luv u so much much n much...=)

Friday, March 18, 2011

Newborn Quilt set for Iman's

 Quilt set lagi... tempahan kali ni untuk baby Iman..
masih menggunakan fabrik dari ikea dan plain cotton,
cuma kali ni saya gunakan warna hijau...
asyik biru je... boring..:)

 nama ni jahit last minit.. guna kain yang sama..
Quilt ni tebal.. sesuai untuk bayi hingga ke usia 2 tahun..



 Set newborn ni ada 2 pillows n 2 bolsters..
saya gunakan piping untuk kemasan sekeliling..

kepada yang berminat boleh email saya di
aydafeera@yahoo.com

Thursday, March 17, 2011

Reversible Bucket Bag.........yang terakhir.....


 Tengok tajuk pun dah tahu kan... ni la Reversible Bucket Bag saya.. hehehe.. nampaknya saya punya yang paling akhir update ni.. tarikh tutup pun dah tamat... tapi saya tetap nak update gak...=)
maaf ye kak Sue kelewatan yang tak dapat dielakkan...hope kak sue masih menerima penyertaan saya lagi..hahaha... orang lain dah lama tayang hasil beg diorang..:(

saya guna kain yang sama untuk luar dan dalam beg ni.. cuma berbeza pada warnanya sahaja..
(ni kes dah tak sempat nak pegi cari kain dah) jadi saya guna mana yang ada dlm simpanan je.

hohoho... nampak sungguh ketidak kemasannya disitu...   



 walau macam mana pun saya tetap happy dapat join sew along ni.. 
Tq tu kak sue sebab adakan sew along ni...

Thursday, March 10, 2011

luv backpack

Bulan mac dah hampir ke pertengahan.. tapi ni adalah entry pertama saya untuk bulan ni...mana tak nya... saya tak boleh nak upload gambar ke dlm blog.. tak tau kat mana silapnya.. tapi hari ni boleh pulak...:D

backpack lagi.. tapi kali ni lbh kecil dari yang sebelumnya sesuai dgn tuan punya badan..
saya masih menggunakan fabric dari ikea.

bhgn hadapan

bahagian belakang

pandangan atas

fully padding kat shoulder and bottom

model yang sangat susah untuk berkerjasama.
macam nak berperang rasanya...
anyway..mama ttp syg qyra,, thanks my dear...
sebagai upah... bag ni mama hadiahkan utk qayra... =)
pasni bawa barang2 sendiri ek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Search This Blog